Penerima Anugerah Nobel Sastera 2021
Berikut merupakan ulasan berkaitan perkongsian oleh Abdulrazak Gurnah iaitu pemenang anugerah Nobel kategori kesusasteraan tahun 2021. Perkongsian tersebut boleh dilayari pada pautan berikut: https://www.nobelprize.org/prizes/literature/2021/gurnah/lecture/ Abdulrazak Gurnah mula meminati bidang penulisan sejak di bangku persekolahan. Guru beliau merupakan individu penting yang berjaya memupuk minat terhadap sastera dalam dirinya. Gurnah sering tertunggu-tunggu untuk guru yang mengajar penulisan untuk masuk ke kelas. Waktu itulah yang sangat mengujakan baginya kerana guru memberi kebebasan untuk mereka menulis apa-apa sahaja dan mereka bebas berimaginasi. Peringkat awal dunia penulisan Gurnah memperlihatkan beliau menulis tanpa tujuan. Penulisannya hanya sekadar disebabkan perasaan ingin menulis. Begitulah kebiasaannya fasa penulisan yang dialamani oleh golongan kanak-kanak. Gurnah terlalu gemar membaca sehinggakan jika keesokan harinya beliau tidak perlu bangun...