KENAPA SULUH AKU?


 



Pengalaman berada di OZ, 2017.

Halaman pengalaman menjadi penghuni hutan di Victoria, Australia selama 10 hari masih pekat dakwatnya dalam ingatan. Hutan di sana bersih seperti ada yang menyapu lantainya setiap hari. Sangat bersih dan teratur huluran dedaunan dari pohon-pohon yang pelbagai spesies. Paling mengujakan apabila langsung tidak ada pencuri darah yang hinggap di kulit sepanjang berada di belantara itu. 

    Suatu malam, sewaktu bulan sedang menjalankan tugasnya iaitu mengawasi bebintang riang yang bermain, Amir, Adam dan Syakir menemaniku menghirup udara malam. Sewaktu menelusuri sebuah kawasan kolam kecil, Syakir menyuluh ke arah kolam tersebut. Alangkah terkejutnya kami apabila kolam itu bukan berisi air, tapi ratusan katak sedang memerhatikan kami berempat. 

"Syakir, kenapa katak-katak tu tenung kau? Kau ada hutang dengan katak?" sempat aku berseloroh kepada Syakir.

    Sebenarnya satu perkara yang agak baharu bagi aku ialah katak-katak dalam kolam itu hanya berbunyi apabila disuluh. Timbul peroalan dalam benak fikiran. Mengapa katak-katak tersebut berperangai sedemikian? Adakah mereka marah kerana mengganggu mereka tidur? Ataupun ada sesuatu yang penting ingin disampaikan oleh mereka? Aku masih mencari jawapnnya...

Ulasan

Catatan Popular