HIKAYAT PEREMPUAN
Kisah 1: TUN TAKIAH DORA
Dua orang puteri raja yang mempunyai paras rupa yang sangat jelita berada dalam ketakutan apabila mendapat khabar bahawa Raja Ahmad Perumal Perumudal ingin menodai keperawanan mereka. Perasaan yang teramat sedih menusuk jiwa apabila Raja tersebut merupakan ayahanda mereka sendiri. Tun Braim Bapa membawa Tun Mendam Peria dan Tun Takiah Dora lari dari perkarangan istana. Setelah tiga beranak berdarah diraja itu didapati menderhaka, cucur peniram dikirimkan oleh Raja kepada anak lelakinya itu. Tidak sanggup menghadapi kekejaman ayahanda mereka, Tun Dora dan kakandanya memakan cucur beracun itu diikuti Tun Braim Bapa. Tamatlah riwayat ketiga-tiga anak raja itu.
☆Kepatuhan terhadap Raja yang terlalu tinggi menyebabkan tidak ada seorang pun yang berani untuk menegah kelakuan Raja Ahmad Perumal. Isteri, anak, para pembesar, hulubalang, gundik istana, semuanya mendiam diri melihat tindakan tidak bermoral sang Raja.
☆Apabila berada dalam kesusahan, darah daging sendiri juga menjadi tempat meminta pertolongan.
__________________________________________________________________________________
Kisah 2: CIK RAKNAMALA
Kerajaan Qalha ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Setelah pelabuhannya diserang oleh orang Portugis yang bersekongkol dengan Siam disebabkan perasaan cemburu melihat pelabuhan Kedah yang makmur, negeri mereka diserang pula oleh kerajaan Aceh. Kerajaan Aceh menghancurkan pemerintahan Sultan Sulaiman di Kedah akibat pinangan putera mahkota Aceh iaitu Tunku Iskandar Meuhkuta Alam ditolak. Raja Sulaiman terlalu memanjakan dan mengikut kehendak puteri tunggalnya iaitu Tunku Sofiah yang tidak mahu berajakan pitera mahkota Aceh. Tanpa sebab musabab yang kukuh, Raja Sulaiman menolak mentah-mentah pinangan tersebut hanya kerana sikap terlalu memanjakan puterinya. Cik Raknamala, isteri Sultan Sulaiman hanya mampu menjadi pendengar terhadap keluh kesah seorang Raja. Tidak mahu memberikan sebarang pandangan kerana risau mempengaruhi keputusan seorang pemimpin negeri. Cik Raknamala sering memendam gelora perasaan berseorangan. Perasaan rindunya terhadap keluarga yang ditinggalkan setelah berkahwin juga tidak pernah diluahkan kepada suami. Perasaan kecewanya kerana gagal mendidik seorang anak perempuan juga terbenam di benaknya seorang diri. Akhirnya isteri yang setia itu menamatkan riwayatnya di samping suami dalam tahanan kerajaan Aceh. Anak lelaki mereka, pewaris takhta iaitu Tunku Rijaludin berjaya melarikan diri sewaktu Kedah diserang. Begitulah berakhirnya hikayat Sultan Sulaiman yang bijak memerintah pentadbiran tetapi kalah pada pujukan seorang anak.
KISAH 3: RADEN GALUH GEMERENCANG
Raden Galuh Gemerencang: Puteri Kerajaan Majapahit
Ratu Majapahit
Sang Nata: Raja Mahapahit
Tun Pepatih Jena: Hamba istana yang mnyimpan perasaan terhadap puteri
Sultan Ahmad Perumal Perumadal: Raja Pasai
Tun Abdul Jalil: Anak Raja Pasai
Tun braim Bapa: Anak Raja Pasai
Tun Pepatih Pandak: Ketua rombongan meminang
Raden Galuh Gemerencang tidak mahu menerima jodoh yang ditetapkan oleh ayahanda dan bondanya selaku pemerintah Majapahit. Raden Galuh menyuruh Tun Pepatih Jena melukis semua wajah anak raja untuk dipersembahkan dan dia terpikat dengan Tun Abdul Jalil anak Raja Pasai. Tun Abdul Jalil dibunuh oleh Sultan Ahmad Perumal Perumadal apabila mengetahui Tun Pepatih Pandak sedang mengetuai rombongan meminang puteranya. Raja Pasai itu berkehendakkan Raden Galuh. Akhirnya Raden Galuh bersedih di laut Jambu Air dan karam di situ dibadai ombak besar.
KISAH 4: TUN MANDA
Bendahara Seri Nara Diraja: Pembesar Melaka
Tun Manda: Anak Bendahara Seri Nara Diraja
Mak Inang Suri: Inang Tun Manda
Panglima Bija: Rakyat biasa (disukai oleh Tun Manda)
Pateh Adam: Pengeran Surabaya tanah Jawa
Tun Manda yang baru sahaja melangkah ke alam dewasa risau dengan nasib dirinya yang mungkin akan dikahwinkan dengan pembesar yang sudah ramai isterinya. Tun Manda lebih rela berkahwin dengan rakyat biasa. Inang Tun Manda juga risau kerana teringat ayahanda Tun Manda pernah bergurau dengan Pateh Adam untuk memperisterikan mereka berdua. Tanpa disangka-sangka, kata-kata gurauan Bendahari Seri Nara Diraja dianggap janji. Pateh Adam bersama 40 orang panglima datang menuntut janji. Apabila tidak direstui oleh Bendahara Seri Nara Diraja, PAteh Adam bertindak merasuah penjaga rumah Tun Manda. Akhirnya kerana tidak mahu melibatkan sengketa Melaka dan Tanah Jawa, Bendahara Seri Nara Diraja melepaskan Tun Manda untuk menjadi isteri kepada Pateh Adam yang sudah tua dan hampir sebaya dengannya. Tun Hussien menjadi cahaya mata antara Tun Manda dan Pateh Adam.
KISAH 5: RAJA IJAU
Sultan Patik Siam: sepupu
Raja Mambang: Anak Gundik
Raja Aishah: Sepupu
Raja Bahadur; Ayah Raja Ijau
Raja Bima: Anak gundik
Seri Amar Pahlawan: dalang pemberontakan
Raja Ijau/ pra' Cau/ Raja Nang Cayang
Khatib Abdul Jabar: ulama Pattani
Raja Biru/ Raja Ungu : adik Raja Ijau
Bendahara Kayu Kelat: bendahara kanan
Demang Lebar Daun & Seri Teri Buana: bendahara derhaka
Panglima Kelang: pegawai istana kesayangan Raja Bahadur
Raja Ijau yang merupakan puteri kepada Raja Bahadur terpaksa menjadi raja perempuan Pattani yang pertama setelah ayahnya dan raja sebelum dibunuh oleh pemberontak iaitu anak guntik yang mahukan kuasa. Sewaktu memerintah, pelbagai masalah dihadapi oleh Raja Ijau antaranya tidak mendapat sokongan penuh daripada bendahara dan panglima di istana, ramai yang ingin memberontak. Perkara pertama yang dilakukan oleh Raja Ijau sewaktu menaiki takhta adalah menghapuskan kepala yang merancang pemberontakan kuasa iaitu Seri Amar Pahlawan. Seri Amar Pahlawan dibunuh oleh Khatib Abdul Jabar dan Khatib pula dibunuh oleh Raja Megat. Kesemuanya adalah kehendak Raja Ijau. Masalah air sungai menjadi masin juga diselesaikan oleh Raja Ijau dan kemakmuran datang bersama-sama iri daripada kerajaan jiran. Peperangan acap kali berlaku tetapi kerajaan Pattani berjaya mengalahkan semua musuh. Setelah Raja Ijau berjaya mendapatkan semula kepercayaan orang kanan istana untuk membantu pemerintahannya, Raja Ijau berhasrat untuk mengamwinkan adiknya Raja Ungu dengan petera Pahang kerana tidak ada pewaris lelaki yang akan menyambung pemerintahan Raja Pattani. Pada awalnya Pahang menolak, setelah diuggut dengan serangan daripada Pattani yang begitu gah, akhirnya perkahwinan dilangsungkan dan lahirnya Putera Kuning. Kerajaan Pattani sangat masyhur dsebagai pusat perdagang kuasa-kuasa besar dan turut juga menjadi pembekal senjata. Setelah Raja Ijau mangkat, Raja Biru menyambung tampuk pemerintahan.
KISAH 6: BOK MARTAYUDA
Kanjeng Susuhunan
Adipati Anom: pemuda tampan pandai menari
Bok Martayuda ; isteri pembesar
Adipati Semarang: Suami Bok
Bok Martayuda memikirkan nasib perkahwinannya dengan lelaki yang bukan pilihannya. Sungguh sudah mempunyai dua orang anak tetapi tubuhnya masih menarik dan lebih cantik daripada si dara.
Ulasan
Catat Ulasan