JALAN EMAS
Adakah mata ini tidak lagi suci untuk melihat keindahan alam? Andai jambatan emas dari gunung ini ke kota Melaka wujud, mungkinkah keberadaannya masih indah tanpa cela? Mungkin sudah banyak ditakik tangan durjana pengejar kemewahan dunia semata-mata.
...
Setiap individu yang membaca kisah Puteri Gunung Ledang yang dipinang oleh Sultan Mahmud pemimpin negeri bersejarah Melaka pasti akan tertanya-tanya perihal satu perkara. Adakah Sultan Mahmud memang benar-benar telah membina jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka. Saya sendiri beranggapan perkara tersebut tidaklah mustahil untuk dilaksanakan oleh baginda. Saya menyatakan begitu dek kerana kemasyhuran kerajaan Melaka yang terkenal dengan kegemilangannya. Tidak dapat disangkal lagi dengan bukti daripada kajian demi kajian yang sehingga hari ini masih dijalankan. Tidak pernah kurang dengan berita kekayaan kerajaanya. Mungkin lebih kaya berbanding raja Thailand suatu ketika dahulu yang setiap hari mencampakkan satu jongkong emas di tasik hadapan istananya. Sebagai tanda kekuasaan dirinya, jongkong-jongkong emas yang dibaling ke dalam tasik tersebut akan digunakan sebagai bahan binaan pusara raja tersebut setelah mangkat.
Ulasan
Catat Ulasan