DUKA SANG PUTERI
Setiap hari dalam perjalanan menuju ke pekan Sagil, aku tidak akan pernah lupa untuk melirikkan mata kearah puncak Gunung Emas. Kuperhatikan perlakuan langit yang sentiasa berubah-ubah menjadikan pemandangan gunung itu tidak pernah basi. Kadangkala fizikal gunung itu dijadikan tumpuan utama, tanpa berlatarkan sekepal awan sekalipun di dada langit. Ada masanya pula, awan beranak-pinak sehinggakan membentuk gambaran tangga dari puncak gunung untuk menuju ke kerajaan atas sana. Pernah juga gunung tertinggi di Johor ini berselimutkan awan mendung sehinggakan menimbulkan pertanyaan pada mata yang melihat. Eh, Gunung Ledang dah hilangkah? Ibaratnya gunung itu sendiri tidak mahu dipandang, menyembunyikan diri daripada tangan durjana manusia.
...
Lunak bayu yang membawa turun awan-gemawan sepertinya mencuba untuk menyumbunyikan kedukaan sang puteri. Kian sugul raut wajahnya tidak lagi berseri seperti selalu bak mentari pagi yang mencumbu wajah alam. Benak fikirnya bukanlah runsing akan diri, tapi kepada nasib penduduk tang merangkak akan dirempuh rakus kesulitan pemimpin durjana.
Ulasan
Catat Ulasan